PENGENALAN

Program homestay di Kampung Keda ini telah bermula sejak tahun 2012 lagi. Pada masa tersebut hanya 6 buah rumah sahaja yang mengendalikan program ini namun ianya lebih tertumpu kepada pelancong-pelancong Singapura yang sering bertandang ke kampung ini untuk melawat saudara mereka yang tinggal di sini. 

Sejak 2014, pihak kerajaan telah memandang serius tentang program homestay sebagai satu tarikan pelancong dan ianya juga satu punca pendapatan. Seramai 70 orang penduduk kampung ini telah dihantar berkursus khas di negeri Kedah dan Trengganu cara-cara untuk mengendalikan pelancong dan menambahbaik prasarana untuk menerima pelancong. 


Pada 23-25 Disember 2015, kampung kami telah mendapat kunjungan 44 orang peserta dari Felda Bukit Kuantan, Pahang sebagai percubaan program homestay secara berskala besar. Dengan kelebihan dan tarikan pelbagai kegiatan kesenian, industri kraftangan, makanan ringan serta program pertanian moden yang sedang kami jalankan, sambutan terhadap program homestay ini diluar jangkaan dan mendapat permintaan yang luas dan berterusan. 


Dalam program-program homestay yang melibatkan pelancong yang ramai, kami cuba mengaturkan penglibatan langsung pelancong dengan kegiatan seharian kami. Ini termasuklah mengundang mereka ke majlis perkahwinan, kenduri potong jambul (menamakan bayi), berkhatan, kenduri arwah, korban, aqiqah dan majlis keramaian yang lainnya yang kebetulan diadakan semasa pelancong menginap di kampung kami. 


Mungkin bagi pelancong dari kota besar tidak pernah merasai suasana sebenar kenduri di kampung, apatah lagi menikmati “GARAM BELACAN” atau "durian" yang dihidangkan mengikut adat resam orang terdahulu. Makanan tradisi kami juga tak kurang hebatnya, cubalah mee bandung, , rojak jambu, asam pedas, ikan bakar, , nasi  lemak di warung-warung sekitar kampung keda.


Untuk Pengetahuan semua ...blog ini di bina atas untk mempelajari cara untuk membina blog.Saya Student SKM Homestay mempelajari Bagi tajuk Pengiklanan Homestay melalui laman Blog....manakala berkemungkinan gambar-gambar yang di publish adalah tidak wajar, sekadar gambar hiasan....INSYAALLAH saya akan cuba sedaya upaya memberi credit kepada alamat laman web yang saya ambil...segala dosa silap harap di maafkan...Wassalam




Hi all .... To Knowledge ... this blog isbuilt on remedy learn how to build blog.Saya SKM Homestay Student studying for the title via Blog Advertising Homestay .... while CJ pictures in the publish is not fair , merely decorative image .... God willing, I will try my best to give credit to the address of the website that I took all the sins mistaken ... please pardon ... Thanks


3 comments: